Tuesday, December 14, 2010

SYURGA & NERAKA


Suatu masa di tadika kemas di kawasan Memali, Cikgu Liza memberi tugasan supaya murid-muridnya melukis gambar tokoh yang mereka sanjung. Ada murid yang melukis gambar orang lidi berhidung besar, ada yang melukis gambar orang bermisai, dan ada gak yang melukis Ultraman. Tiba-tiba Cikgu Liza mendapati Aiman melukis gambar orang berserban. Cikgu Liza pun bertanya,
"Gambar siapakah itu?" 
Aiman menjawab,
"Ini gambar orang PAS yang mati ditembak polis."
Cikgu Liza terus merah muka, al-maklumlah dia baru sahaja mendaftar jadi ahli Puteri Umno. Manalah tau kalau-kalau boleh dapat rumah murah. Cikgu Liza meninggikan suara,
"Orang PAS fanatik! Mereka hanya memperjuangkan kuasa dan kedudukan." 
Aiman tidak berapa faham cakap gurunya, al-maklumlah budak sekolah tadika. Tapi, murid itu tidak melawan Cikgu Liza, ia hanya membalas,
"Bila saya jumpa orang ini di syurga nanti saya akan tanya dia." 
Cikgu Liza terus tersenyum sinis sambil berkata,
"Bagaimana kalau dia masuk neraka?!!"
Budak itu terdiam sejenak memikirkan hujah gurunya yang amat tinggi itu. Aiman melihat gurunya dengan penuh hormat dan berkata,
"Kalau begitu, cikgu ajelah yang tanya dia nanti."

No comments:

Post a Comment