Wednesday, December 15, 2010

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.

Apek : Doktor aaa..Wa ada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulah kentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.

Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem

Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah

Apek : Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapi sikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..

Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak...

...sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.


5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


hotel mahal

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya



Tuesday, December 14, 2010

SYURGA & NERAKA


Suatu masa di tadika kemas di kawasan Memali, Cikgu Liza memberi tugasan supaya murid-muridnya melukis gambar tokoh yang mereka sanjung. Ada murid yang melukis gambar orang lidi berhidung besar, ada yang melukis gambar orang bermisai, dan ada gak yang melukis Ultraman. Tiba-tiba Cikgu Liza mendapati Aiman melukis gambar orang berserban. Cikgu Liza pun bertanya,
"Gambar siapakah itu?" 
Aiman menjawab,
"Ini gambar orang PAS yang mati ditembak polis."
Cikgu Liza terus merah muka, al-maklumlah dia baru sahaja mendaftar jadi ahli Puteri Umno. Manalah tau kalau-kalau boleh dapat rumah murah. Cikgu Liza meninggikan suara,
"Orang PAS fanatik! Mereka hanya memperjuangkan kuasa dan kedudukan." 
Aiman tidak berapa faham cakap gurunya, al-maklumlah budak sekolah tadika. Tapi, murid itu tidak melawan Cikgu Liza, ia hanya membalas,
"Bila saya jumpa orang ini di syurga nanti saya akan tanya dia." 
Cikgu Liza terus tersenyum sinis sambil berkata,
"Bagaimana kalau dia masuk neraka?!!"
Budak itu terdiam sejenak memikirkan hujah gurunya yang amat tinggi itu. Aiman melihat gurunya dengan penuh hormat dan berkata,
"Kalau begitu, cikgu ajelah yang tanya dia nanti."

Peristiwa Di Bilik Bersalin


Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.
Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.
Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot....
Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020.....
Wrong Number



Suatu ketika ada seseorang yang bermaksud menelepon Mr. Brown.
Penelepon : Hallo, bisa bicara dengan Mr. Brown.
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelepon : Oops Sorry, wrong color!
Cuci Darah


"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dahpukul sembilan ni...". "Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... "emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung "emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhlukghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objekitu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana nibiar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengarsuara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ "aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... "sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... "yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya...... "burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itumemenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. "hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................." mengilai perempuan tua itu lantas berkata..... 







"ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!"
Rahsia kentut


 1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

 2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.


3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

 4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

 5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

 6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

 7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

 8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

 9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

 10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

 12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

 13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

 15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

 17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

 18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

 19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

 21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

 24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

Sunday, December 12, 2010